fbpx

[VIDEO] Rakaman bapa serang pengasuh dera anak pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki mengasari pengasuh wanita di sebuah Taska

KOTA KINABALU – Satu rakaman video memperlihatkan tindakan seorang lelaki mengasari pengasuh wanita di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Luyang tular sejak pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki berkenaan terhadap wanita tersebut kerana disyaki mendera anak lelakinya berusia empat tahun di Taska berkenaan.

Sebelum ini tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah Taska di Luyang.

Rakaman berdurasi 1 minit 58 saat yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dalam Taska berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malahan pihak polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah dalam kenyataanya semalam berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, satu laporan dibuat oleh bapa kanak-kanak terbabit manakala dua lagi diterima daripada pengusaha Taska serta pengasuh berusia 27 tahun yang mendakwa dikasari.

“Mangsa dan suspek sudah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk pemeriksaan perubatan. Dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan ke atas lelaki itu dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan menyiasat,” katanya.

Terdahulu, pengasuh wanita terbabit yang berusia 27 tahun ditahan polis pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula esok sehingga 17 Ogos untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI