fbpx

Noh Salleh nikah 23 September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH bakal menamatkan zaman duda dengan tunang yang merupakan seorang peguam Fatin Athira Mustapa bulan depan.

PETALING JAYA – Genap empat bulan bertunang, vokalis Hujan Noh Salleh sah bakal mengakhiri status duda pada 23 September depan.

Kad undangan ke majlis perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya yang juga peguam, Fatin Athira Mustapa, 30, itu kini sudah mula diedarkan.

Menerusi jemputan secara digital itu, hari persandingan dengan anak pesara tentera tersebut diadakan sebuah dewan acara di Puchong, Selangor bermula pukul 8 malam.

Difahamkan, majlis ijabkabul kedua-dua pasangan sama padan sama cantik itu dilaksanakan pada sebelah pagi hari yang sama.

Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 38, dan Fatin mengikat pertunangan di kediaman wanita itu di Putra Heights, Subang Jaya pada 7 Mei lalu.

Pada majlis yang turut diadakan dengan rumah terbuka Syawal itu, keluarga terdekat Noh turut datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pada 15 Jun lalu bekas isterinya mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI