fbpx

Terkejut kepala khinzir atas bendera Perikatan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan hadapan Bilik Gerakan PN DUN Juasseh selepas kepala khinzir diletakkan di atas bendera parti itu, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh terkejut apabila ternampak kepala khinzir diletakkan di atas bendera parti itu di hadapan bilik gerakan dun berkenaan kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PN DUN Juasseh di Balai Polis Kuala Pilah pagi yang sama.

Menurut calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith, beliau hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi tadi serta dimaklumkan kepala khinzir turut diletakkan di rumah pegawainya di sekitar daerah ini.

“Tidak mengapa. Kita kekal tenang. Saya ingat ini cuma tindakan-tindakan untuk mengalihkan tumpuan kita dan fokus kita menghadapi PRN yang tinggal berbaki dua ke tiga hari lagi. Bagi saya ini mungkin tindakan orang terdesak. Tak apa kita kekal fokus dengan PRN dan anggap ini sebahagian daripada cabaran.

“Kita tak boleh tuduh sesiapa yang buat sebab kita nak jaga sensitiviti banyak pihak. Bahkan, malam tadi ceramah, poster dikoyakkan. Saya berharap jentera untuk kekal positif dan Saya nasihatkan dalam ucapan saya semalam, kalau nampak bendera pihak lawan itu tumbang, kita sama-sama naikkan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di Juasseh, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah berkata beliau mahu satu budaya politik yang sihat dan positif lebih-lebih lagi pada masa kini, pendekatan politik itu lebih matang.

Menurutnya, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak polis untuk mengesan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang bagi mengelak sensitiviti yang boleh merosakkan hubungan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI