fbpx

PRN: PN tubuh badan pemantau manifesto selepas menang di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika berucap pada ceramah di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan satu badan pemantau bebas bagi memastikan pelaksanaan manifesto ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ dilakukan sekiranya PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemantauan itu termasuk dari perbelanjaan digunakan bagi melaksanakan semua janji manifesto dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion.

“Semua perbelanjaan termasuk penerima manfaat itu mesti direkod dalam sistem bagi memastikan pengagihan dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

“Sistem (dilaksanakan mesti mudah dan mesra pengguna) contohnya bagaimana cara memohon bantuan dan paling penting jangan mohon hari ini, tiga tahun baru nak lulus,” katanya ketika berucap pada ceramah Restart Permatang, Ayuh Bangkit Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan pihaknya tidak mahu rakyat merungut kerajaan hanya pandai menabur janji sebelum pilihan raya.

“Bila sampai pilihan raya, (pengundi) cakap (kita) bohong kata janji nak buat cepat, tetapi dah tiga tahun tak selesai. Justeru, kita akan teliti dan lihat (manifesto rakyat) supaya ia akan dilaksanakan sepenuhnya,” jelasnya.

Muhyiddin memaklumkan PN komited memastikan segala janji manifesto ditawarkan kepada rakyat Selangor dilaksanakan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI