fbpx

Luahan: Ceramah politik mengelirukan bawa kesan negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKYAT yang matang boleh membezakan mana parti yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. – GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang

SAYA merupakan salah seorang warganegara yang layak untuk mengundi calon berkelayakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, saya tidak tahu ‘siapa’ yang patut disokong atau diundi, dalam erti kata lain pengundi atas pagar.

Dalam membuat keputusan, kemudahan media sosial membolehkan saya memantau dan menilai calon atau parti yang patut diundi.

Apa yang mengejutkan saya, ketika menonton setiap ceramah di medai sosial, agak merisaukan tentang isu dan kandungan ceramah oleh salah satu parti Melayu terbesar yang bagi saya, agak tersasar.

Parti tersebut yang menampilkan orang kanan mereka menjelaskan berkenaan penghijrahan Rasullulah ke Madinah. Kisah itu semua sedia maklum.

Namun, dalam siri ceramah tersebut, apa yang dikaitkan oleh pemimpin parti itu adalah jauh tersasar daripada maksud sebenar hijrah nabi itu kerana penghijrahan yang dinyatakan adalah berkenaan politik.

Apa yang menjadi kegusaran saya adalah tentang pemahaman rakyat Malaysia terhadap ceramah seperti itu. Ini kerana, bagi saya ia boleh memberi kesan negatif seperti ketaksuban tidak sepatutnya.

Saya berharap agar ada satu agensi yang memantau rapat berkenaan perkara ini.

Jika ada kekhilafan, sepatutnya pemimpin parti terlibat perlu meminta maaf dan tidak mengulangi ceramah seperti itu.

Pengundi dilema,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI