fbpx

Lelaki batal kahwin selepas ibu diherdik bakal isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjas tidak menerima tindakan buruk bakal isterinya. - Pexels

JAKARTA – Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan nekad membatalkan perkahwinan sehari sebelum akad nikah selepas ibunya diherdik oleh bakal isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video menceritakan kisah itu dikongsi dalam akaun Instagram @pembasmikehaluan.reall. 

Menjelang perkahwinan, pelbagai kelengkapan sudah disediakan oleh pihak keluarga pengantin lelaki bernama Anjas Setiawan itu termasuk mahar dan hadiah lain.

“Mas kahwin 35 juta rupiah (RM10,521), emas, dodol, wajik dan hantaran 10 juta rupiah (RM3,006),” demikian kenyataan pengulas dalam video itu.

Bagaimanapun, bakal isteri Anjas merasa wang yang diberikan masih tidak mencukupi dan meminta tambahan 6.7 juta rupiah (RM2,104) untuk membayar kos sewa khemah.

Anjas bersetuju dengan permintaan itu namun hanya mampu menyediakan 6 juta rupiah (RM1,803). Bakal isterinya menolak walaupun wang itu hanya kurang sedikit.

“Bukan sahaja menolak, wanita itu urut menjerit kepada bakal mentuanya sehingga membuatkan Anjas nekad membatalkan perkahwinan itu,” tambahnya.

Anjas sendiri mengesahkan dia membuat keputusan itu kerana tidak rela melihat ibunya diherdik oleh wanita yang sepatutnya menjadi isterinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI