fbpx

Kuasa ‘wang’ kelab Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAKIN ramai pemain berprofil tinggi yang pernah beraksi di Eropah memilih untuk ke Arab Saudi ekoran tawaran lumayan diterima.

JENDELA perpindahan pemain musim panas kali ini memperlihatkan gelombang yang cukup luar biasa berlaku terutama melibatkan kelab-kelab dari Liga Arab Saudi yang membawa ‘troli’ mereka masuk ke Eropah dan ‘memborong’ pemain-pemain berprofil tinggi.

Keputusan Cristiano Ronaldo untuk menyertai Al-Nassr pada Januari lalu selepas timbulnya kontroversi bersama Manchester United menjadi pencetus kebangkitan negara telaga minyak itu yang dilihat cuba mengubah pola dan membentuk dimensi baharu bola sepak dunia.

Kuasa wang menyaksikan mereka telah mengemukakan tawaran-tawaran mewah yang seakan tidak masuk akal apabila Ronaldo yang menerima gaji mingguan sebanyak RM2.98 juta di Old Trafford berjaya meraih gaji baharu sebesar RM19.67 juta seminggu di Al-Nassr.

Al-Ittihad pula berjaya membawa masuk pemenang Ballon d’Or musim lalu, Karim Benzema dengan tawaran gaji RM19.09 juta seminggu berbanding RM2.28 juta semasa di Real Madrid, malah pemain Chelsea, N’Golo Kante menerima kenaikan gaji sehingga RM7.58 juta seminggu daripada nilai RM1.67 juta bersama Chelsea.

Bekas pemain Manchester City, Riyad Mahrez yang menyerta Al-Ahli menerima pendapatan mingguan tujuh angka buat kali pertama dalam kariernya apabila dibayar RM4.34 juta berbanding gaji lama RM960,000, manakala bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson menerima gaji RM4.05 juta bersama Al-Ettifaq berbanding gaji lamanya RM810,000.

Fakta Sukan Kosmo! menyenaraikan 10 pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam Liga Pro Saudi selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kancah bola sepak Eropah.

CRISTIANO RONALDO
UMUR: 38 tahun
NEGARA: Portugal
KELAB: Al-Nassr
KELAB TERDAHULU: Manchester United (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Penyerang
GAJI: £3.4 juta (RM19.67 juta) seminggu

 

KARIM BENZEMA
UMUR: 36 tahun
NEGARA: Perancis
KELAB: Al-Ittihad
KELAB TERDAHULU: Real Madrid (La Liga)
POSISI: Penyerang
GAJI: £3.3 juta (RM19.09 juta) seminggu

N’GOLO KANTE
UMUR: 32 tahun
NEGARA: Perancis
KELAB: Al-Ittihad
KELAB TERDAHULU: Chelsea (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Tengah
GAJI: £1.6 juta (RM9.25 juta) seminggu

RIYAD MAHREZ
UMUR: 32 tahun
NEGARA: Algeria
KELAB: Al-Ahli
KELAB TERDAHULU: Manchester City (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Penyerang
GAJI: £750,000 (RM4.34 juta) seminggu

JORDAN HENDERSON
UMUR: 33 tahun
NEGARA: England
KELAB: Al-Ettifaq
KELAB TERDAHULU: Liverpool (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Tengah
GAJI: £700,000 (RM4.05 juta) seminggu

FABINHO
UMUR: 30 tahun
NEGARA: Brazil
KELAB: Al-Ittihad
KELAB TERDAHULU: Liverpool (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Tengah
GAJI: £700,000 (RM4.05 juta) seminggu

SADIO MANE
UMUR: 31 tahun
NEGARA: Senegal
KELAB: Al-Nassr
KELAB TERDAHULU: Bayern Munich (Bundesliga)
POSISI: Penyerang
GAJI: £650,000 (RM3.75 juta) seminggu

KALIDOU KOULIBALY
UMUR: 32 tahun
NEGARA: Senegal
KELAB: Al-Hilal
KELAB TERDAHULU: Chelsea (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Pertahanan
GAJI: £576,000 (RM3.33 juta) seminggu

MARCELO BROZOVIC
UMUR: 31 tahun
NEGARA: Croatia
KELAB: Al-Nassr
KELAB TERDAHULU: Inter Milan (Serie A)
POSISI: Tengah
GAJI: £403,000 (RM2.33 juta) seminggu

ROBERTO FIRMINO
UMUR: 32 tahun
NEGARA: Brazil
KELAB: Al-Ahli
KELAB TERDAHULU: Liverpool (Liga Perdana Inggeris)
POSISI: Penyerang
GAJI: £326,000 (RM1.88 juta) seminggu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI