fbpx

Abdul Taib sakit, tiada keperluan lantik pemangku TYT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taib Mahmud

KUCHING – Tiada keperluan untuk pelantikan pemangku Yang di-Pertua Negeri, meskipun Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang sakit dan menjalani rawatan di luar negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ia memandangkan Taib masih dapat melaksanakan tugas rasmi dan perlembagaan beliau.

“Kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang sakit ketika berada di luar negara dan kini sedang dalam pemulihan.

“Keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Ketua Negeri memandangkan Yang di-Pertua Negeri, walaupun tidak berada di dalam negeri, sedang berkomunikasi dengan kerajaan negeri dan dapat melaksanakan tugas rasmi dan perlembagaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hasidah menambah kerajaan negeri sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan Taib dan tindakan selanjutnya kerajaan negeri akan berpandukan undang-undang negeri dan kepentingan negeri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI