fbpx

AS dakwa China pasang ‘malware’, ganggu operasi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 4 Ogos 2020 menunjukkan seorang penggodam menggunakan laman web pemantau serangan siber global di Dongguan, China. – AFP

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China memasang perisian hasad atau ‘malware’ dalam jaringan komunikasi dan kuasa utama negara itu, yang disifatkan sebagai bom jangka yang boleh mengganggu operasi tentera dalam mana-mana konflik pada bila-bila masa.

Akhbar The New York Times ketika memetik sumber pegawai risikan, tentera dan keselamatan AS sebagai berkata, perisian hasad itu memberi Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) kebolehan untuk mengganggu operasi ketenteraan AS sekiranya Beijing menyerang Taiwan.

Sistem itu bukan sahaja membolehkan China memutuskan bekalan air, kuasa dan komunikasi kepada pangkalan-pangkalan tentera AS, bahkan kediaman serta perniagaan di seluruh negara akan turut terjejas.

Menurut laporan tersebut, penemuan perisian hasad itu muncul selepas beberapa siri mesyuarat diadakan di White House yang melibatkan pegawai tertinggi tentera, risikan dan keselamatan negara dalam usaha untuk menjejakinya.

“Operasi perisian hasad itu bagaikan bom jangka yang berdetik,” kata seorang pegawai Kongres AS yang identitinya tidak didedahkan.

Dalam pada itu, White House dalam satu kenyataan Jumaat lalu tidak menyebut China atau mana-mana pangkalan tentera berkaitan isu tersebut.

“Pentadbiran Presiden Joe Biden sedang berusaha mempertahankan AS daripada mana-mana gangguan terhadap infrastruktur penting kita, termasuk menyelaraskan usaha antara agensi.

“Ia adalah bagi melindungi antaranya sistem air, perpaipan, kereta api dan penerbangan,” kata pemangku jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Adam Hodge. 

Laporan terbaharu itu dikeluarkan dua bulan selepas syarikat gergasi teknologi, Microsoft memberi amaran bahawa penggodam China yang dibiayai Beijing telah menyusup ke dalam jaringan infrastruktur penting AS.

Microsoft turut mendedahkan Guam, yang merupakan wilayah Pasifik dengan pangkalan tentera penting bagi Washington turut dijadikan sasaran. Namun menurutnya, aktiviti berniat jahat itu turut dikesan di lokasi lain di AS.

Laporan tersebut berkata, serangan yang dilakukan sejak pertengahan 2021 itu berkemungkinan bertujuan untuk menghalang kemaraan AS dalam konflik serantau.

Pihak berkuasa di Australia, Kanada, New Zealand dan Britain ketika itu turut memberi amaran bahawa aktiviti penggodaman oleh China mungkin turut berlaku di seluruh dunia, sekali gus mampu menjejaskan infrastruktur secara besar-besaran. – AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI