WASHINGTON – Seorang daripada 17 warganegara Amerika Syarikat(AS) yang dibawa pulang dari sebuah kapal persiaran dilanda wabak hantavirus telah diuji positif bagi virus tersebut, kata jabatan kesihatan AS semalam.
“Seorang penumpang menunjukkan gejala ringan dan seorang lagi diuji positif bagi hantavirus Andes,” kata Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.
“Kedua-dua penumpang kini melakukan perjalanan dalam unit pencegahan biologi pesawat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Terdahulu, semua penumpang AS itu dipindahkan dari Kepulauan Canary milik Sepanyol, di mana kapal MV Hondius berlabuh. Mereka akan dibawa ke pusat khas di negeri pedalaman Nebraska, manakala individu yang menunjukkan gejala ringan akan dibawa ke pusat kedua.
Setibanya di sana, ‘setiap orang akan menjalani penilaian klinikal dan menerima penjagaan serta sokongan yang sewajarnya berdasarkan keadaan masing-masing. – AFP














