fbpx

PRN: Noh iringi Nurul Syazwani ke pusat penamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh
Nurul Syazwani bersama Noh dan penyokong PN di luar IPP Tanjong Karang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berarak mengiringi anak perempuannya, Nurul Syazwani ke pusat penamaan calon di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Tanjong Karang, di sini.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang yang bertanding bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang itu tiba dengan lebih 300 penyokong, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Nurul Syazwani yang berbaju kurung hitam itu dilihat sebak memasuki pusat penamaan selepas memeluk dan memohon restu Noh.

Beliau turut mencium pipi dan mencium tangan ibunya, Puan Sri Dr. Aishah Salleh.

Laungan takbir bergema di luar perkarangan itu bagi menyokong calon PN yang kali pertama bertanding di pentas politik.

Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Cabang Parti PKR Tanjong Karang, Mohd. Yahya Mat Sahri Terdahulu, Mohd. Yahya tiba dengan berbaju Melayu putih bersama lebih 200 penyokong PH-BN, pukul 8.50 pagi.

  

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan  Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas).-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI