fbpx

Liga Super: JDT mahu pastikan Selangor terus merana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES mungkin akan membuat debut bersama JDT berdepan Selangor menggantikan Forestieri yang mengalami kecederaan. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mahu melupakan kejayaan merangkul Piala FA edisi ke-33 pada minggu lalu dan memberi tumpuan penuh kepada saingan Liga Super menentang Selangor FC, malam ini.

Walaupun kedudukan skuad Harimau Selatan itu dilihat semakin sukar digugat dengan menang kesemua 17 perlawanan dan mengutip 51 mata, itu tidak menjadi alasan untuk penyandang juara liga itu untuk menyimpan ‘taring’ mereka.

Ini kerana lawan mereka pada malam ini adalah pencabar terdekat yang menduduki posisi kedua dalam carta liga, mengintai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan mata.

Bagi Solari, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bukanlah lawan yang mudah apabila ia dibarisi ramai pemain berkualiti dan mampu mencipta kejutan sepanjang tempoh 90 minit permainan.

“Selepas menjuarai sesuatu kejohanan, adalah normal untuk meraikan, namun pemain perlu kembali fokus kepada saingan liga. Jadi, kita perlu lupakan seketika kejayaan itu dan beri komitmen tinggi untuk misi membawa pulang tiga mata ketika menentang Selangor.

“Tidak dinafikan Selangor adalah pasukan yang hebat dan pertemuan ini ibarat final kedua selepas menewaskan Kuala Lumpur City pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu. JDT akan terus beraksi garang seperti biasa dalam meneruskan rentak kemenangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Solari tidak menolak kemungkinan akan menurunkan penyerang import baharu JDT, Heberty Fernandes yang melengkapkan perpindahan menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, minggu lalu.

Katanya, Fernandes yang menyertai JDT dari kelab Thailand, Bangkok United FC akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fernando Forestieri yang mengalami kecederaan ketika aksi final menentang KL City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI