fbpx
Pengunjung tertarik dengan pelbagai aktiviti yang di adakan oleh AMB sempena Bulan Nutrisi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

AMB penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil sekali lagi  sebagai penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2026, memperkukuh komitmennya dalam mempromosikan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula 4 Jun lalu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur membawakan tema ‘Delay No More – Eat Right, Be Active Today’, menggalakkan rakyat  mengambil langkah proaktif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Sebagai salah satu inisiatif pendidikan pemakanan terbesar di Malaysia, NMM 2026 menjadi platform memperkasakan penting masyarakat dalam dengan pengetahuan dan amalan pemakanan yang lebih baik.

Menurut kenyataan Ajinomoto,  pihaknya terus menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan relevan untuk seisi keluarga.

“Sepanjang karnival itu berlangsung, pengunjung menikmati pelbagai aktiviti interaktif, permainan menarik dan pengalaman produk yang mengetengahkan produk utama AMB seperti Ajinomoto, aminoVital dan Ajinomoto  Gyoza,” katanya.

Reruai AMB turut menarik perhatian pengunjung  kerana penganjuran  pelbagai aktiviti dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesedaran  pengunjung tentang kepentingan pemakanan yang menyokong gaya hidup aktif dan seimbang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN