fbpx

Gaji Jordan Henderson paling mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON

RIYADH – Penghijrahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq menyaksikan Jordan Henderson kini bergelar pemain Inggeris yang menerima gaji termahal dalam sejarah.

Pemain tengah yang memiliki 77 kap bersama England dilaporkan akan menerima gaji £700,000 (RM4.07 juta) seminggu sekali gus meletakkan namanya sebagai salah seorang pemain yang terima gaji termahal di dunia.

Sebelum itu, Al-Ettifaq dan Liverpool mengesahkan perpindahan saga bekas kapten Liverpool itu yang membabitkan nilai £12 juta (RM69.7 juta).

“Kami boleh mengesahkan Henderson sudah pun melengkapkan perpindahan ke Al-Ettifaq. Kini jalan ceritanya di Anfield sudah pun berakhir dan semua orang di kelab ini mengucapkan terima kasih atas segala sumbangannya sepanjang 12 tahun bersama pasukan,” menurut kenyataan Liverpool.

Berita ini menyaksikan Henderson akan bermain di bawah seorang lagi bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard yang dilantik sebagai pengurus pasukan tersebut.

Untuk rekod, Henderson merekodkan 33 gol sepanjang 492 penampilan bersama The Reds dan menjadi watak penting kepada Liverpool apabila menjulang enam trofi, Piala FA, Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga Inggeris, Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI