fbpx

Wanita putuskan bekalan elektrik demi jumpa kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis muda sanggup bertindak memutuskan tenaga elektrik bagi menemui kekasihnya di Bihar baru-baru ini. - Foto Oddity Central

NEW DELHI – Seorang gadis dari negeri Bihar, India sanggup memutuskan bekalan kuasa elektrik di seluruh kampungnya berkali-kali supaya dia dapat bertemu dengan teman lelakinya tanpa dilihat sesiapa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Penduduk Bettiah, iaitu sebuah perkampungan di daerah Champaran Barat resah selama lebih seminggu kerana gangguan bekalan elektrik luar biasa yang berlaku hampir setiap malam baru-baru ini.

Mereka merayu kepada syarikat elektrik untuk membetulkan rangkaian kuasa, namun wakil firma berkenaan melaporkan tiada sebarang masalah terhadap infrastruktur.

Tiada sesiapa yang dapat memahami masalah sebenar keadaan itu sehingga pada suatu malam, apabila sejumlah penduduk berkawal di kampung tersebut. Mereka menangkap satu pasangan muda yang sedang berdua-duaan dalam kegelapan.

Gadis bernama Priti Kumari dan kekasihnya, Rajkumar, dikatakan bertindak demikian demi merahsiakan hubungan mereka.

Sebuah video tular di media sosial India menunjukkan Priti cuba mempertahankan Rajkumar ketika penduduk kampung mengancam untuk memukulnya.

Sebilangan daripada mereka membelasah Rajkumar menggunakan kayu tetapi menurut media tempatan, dia berjaya lolos.

Akhirnya, untuk mengelakkan keganasan dan gangguan terhadap bekalan elektrik, penduduk kampung memutuskan untuk mengahwinkan pasangan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI