fbpx

Rakyat Malaysia bersedih, Salahuddin dianggap ‘Bapa Keprihatinan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin.

PETALING JAYA – Jutaan rakyat Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia malam tadi.

Pemergian beliau cukup dirasai oleh rakyat negara ini kerana Allahyarham dianggap sebagai ‘Bapa Keprihatinan’ atas jasanya dalam membantu meringankan bebanan perbelanjaan masyarakat dengan mewujudkan insiatif Payung Rahmah.

Tinjauan Kosmo! di Twitter dan Facebook mendapati ada tanda pagar (#) Salahuddinayub kekal sohor sejak malam tadi.

Lebih 80,000 hantaran dimuat naik oleh rakyat Malaysia yang mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Dalam ramai-ramai menteri, beliau (Salahuddin) sangat prihatin kepada rakyat, bangunkan insiatif Payung Rahmah sangat membantu meringankan kos perbelanjaan rakyat,” puji Azalia.

“Seorang menteri yang prihatin dengan rakyat Malaysia, seorang menteri lembut tutur bicaranya, seorang menteri yang mudah mendekati rakyat. Kami rakyat akan sentiasa ingat jasa baik arwah sepanjang menjadi Menteri di bawah KPDN,” ujar Norzeck.

“Syurga buatmu Datuk Seri Salahuddin. Terima kasih sudah membantu dan sangat prihatin dengan rakyat. Moga kerajaan Malaysia angkat beliau sebagai Bapa Keprihatinan,” cadang Khalid.

Allahyarham Salahuddin disahkan meninggal dunia pada pukul 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Jenazah Allahyarham kini berada di kediaman ibunya, Aminah Abdullah, 83, di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Jenazah dijangka dikebumikan pada pukul 12 tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI