fbpx

Menu Rahmah ‘tinggalan’ bermakna Allahyarham Salahuddin untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin (kanan) ketika merasmikan Menu Rahmah di sebuah restoran.

PETALING JAYA – Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diterajui Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, menjadi legasi bermakna untuk rakyat.

Ia jelas terbukti menerusi perkongsian Mohd. Faizul Ikhwan Erusan di Facebook, tangkap layar tentang pengalaman seorang pengguna, Zulaikha Shadzli, tentang Menu Rahmah.

“Yang mana pernah melekehkan arwah semasa arwah hidup pasal Menu Rahmah semata-mata kerana fahaman politik, kau orang baca komen salah seorang netizen tentang Menu Rahmah. Jangan sesekali pandang rendah usaha manusia,” katanya pada kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Zulaikha menceritakan pengalamannya ketika singgah di sebuah kawasan hentian rawat dan rehat (R&R), Mac lalu.

“Saya sedang ambil lauk nasi campur di salah satu gerai, seorang pakcik di belakang saya bertanya dgn suara agak perlahan kepada peniaga nasi campur tersebut, ‘dik, Menu Rahmah ada tak’, sambil tunduk malu mungkin risau orang kiri kanan dengar.

“Peniaga itu minta tunggu sebentar untuk tanya bosnya sambil ke belakang dan datang semula beritahu pakcik itu Menu Rahmah ada dijual.

“Saya yang sedang ambil lauk pura-pura tak dengar sebab dapat rasakan pakcik ni macam segan sangat.

“Semoga pahala sentiasa mengalir buat arwah YB Salahuddin Ayub,” kongsinya.

Rata-rata orang ramai bersetuju bahawa Menu Rahmah merupakan antara ‘tinggalan’ terbaik Allahyarham kepada seluruh rakyat.

“Arwah dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Takziah buat keluarga,” komen Azhar.

“Setuju, YB sempat menyumbang idea dan sudah kurangkan beban rakyat walaupun tak menyeluruh tapi usaha itu bersungguh-sungguh. Allah pandang usaha, bukan kejayaan. Banyak pahala mengalir Insya-Allah,” ujar Atik.

Menu Rahmah yang dilancarkan Januari lalu dengan harga serendah RM5 diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia tidak kira latar belakang.

Usaha itu diperkenalkan di bawah Payung Rahmah itu disasarkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI