fbpx

Wanita bersalin dalam penjara terlepas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Devaki terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis 237.86 gram, kira-kira dua tahun lalu. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang wanita yang terpaksa bersalin dan membesarkan anak di dalam penjara terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis 237.86 gram, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datin Rohani Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie (keraguan munasabah) ke atas tertuduh, R Devaki, 34, yang merupakan suri rumah serta ibu kepada empat anak.

Rohani dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan berkata, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri selepas membuat penilaian menyeluruh.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap tertuduh. Pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui,” kata hakim.

Hakim turut menasihatkan tertuduh untuk menjaga diri dan tidak berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Jaga diri awak. Kalau nak berkawan jaga sikit, jangan berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Devaki didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 237.86 gram kira-kira pukul 7.30 malam di Bandar Dataran Segar di Port Dickson, 4 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI