fbpx

Lelaki warga Pakistan dituduh cabul kehormatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Akhtar didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita warga Perancis, Isnin lalu.

IPOH – Pengemas bilik hotel warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita Perancis di sebuah hostel di Medan Kidd di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Akhtar Ramzan, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Luna Eve Waquet, 23, dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hostel di Medan Perhentian Medan Kidd dalam daerah Kinta pada pukul 11 malam pada 17 Julai 2023.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam R Rajasegaran.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI