fbpx

PRN: Pendakwaan mahkamah tidak gugat Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tiga dari kiri) bersama sebahagian pemimpin dan penyokong Pas selepas berceramah politik PRN di Ladang, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Pas tetap akan mencalonkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun beliau kini menghadapi dua kes pertuduhan kes hasutan di mahkamah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Syura Ulama parti itu telah memutuskan demikian sewaktu bermesyuarat pada semalam.

Beliau menjelaskan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat secara perundangan masih layak bertanding
dalam PRN pada 12 Ogos depan.

“Perbicaraan hanya akan bermula pada Oktober depan. Oleh itu, parti (Pas) telah memutuskan beliau (Muhammad Sanusi) dikekalkan sebagai calon pilihan pertama.

“Kita lihat pertuduhan itu lebih bersifat kepada usaha untuk menggugat (kepimpinan) beliau,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di sini malam tadi.

Kosmo! Rabu lalu melaporkan Muhammad Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan menghasut.

Pengerusi Perikatan Nasional Kedah tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Begitupun, Tuan Ibrahim mengakui Pas sudah bersedia dengan pelan alternatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan keputusan mahkamah terhadap kes melibatkan Muhammad Sanusi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI