fbpx

Pita Limjaroenrat gagal bergelar PM Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pita menanggalkan lencana Ahli Parlimen sebelum meninggalkan dewan selepas digantung hari ini. - AFP

BANGKOK – Peluang pemimpin reformasi Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi Perdana Menteri berakhir hari ini apabila usahanya disekat oleh pertubuhan tentera dan prodiraja.

Parti Move Forward (MFP) diwakili Pita mendapat sokongan tinggi dalam kalangan golongan muda dan menerima undian terbanyak pada pilihan raya Mei lalu, namun usaha untuk membentuk kerajaan menemui kegagalan.

Pita, 42, digantung tugas sebagai Ahli Parlimen secara tiba-tiba semasa menghadiri persidangan di Parlimen mengenai pencalonannya. Ia kemudian berakhir apabila ahli-ahli lain menolak untuk mengadakan undian kedua.

“Saya ingin mengucapkan selamat tinggal, sehingga kita bertemu lagi,” katanya ketika melambai tangan dan meninggalkan dewan sambil disambut oleh sorakan sekutu parti.

Penggantungan Pita dibuat apabila Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan untuk meneruskan kes yang boleh menyaksikan pemimpin itu hilang kelayakan daripada Parlimen kerana memiliki saham dalam sebuah syarikat media.

Di bawah undang-undang Thailand, Ahli Parlimen dilarang daripada memiliki saham dalam syarikat media walaupun stesen televisyen berkenaan tidak bersiaran sejak 2007.

Pita yang mendapat pendidikan di Universiti Harvard berkata, saham itu diwarisi daripada bapanya. Dia mempunyai tempoh selama 15 hari untuk menjawab pertuduhan kes tersebut.

Selepas Pita meninggalkan Parlimen, Ahli Parlimen Thailand mengundi dengan margin besar yang memutuskan bahawa beliau tidak boleh dipertimbangkan untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua.

“Pita tidak boleh dicalonkan dua kali dalam sidang Parlimen ini,” kata Speaker Dewan, Wan Muhamad Noor Matha yang disusuli dengan suara protes dari dalam dewan sejurus sebelum prosiding hari ini ditamatkan.  

Dalam pada itu, berpuluh-puluh penyokong Pita menangis dan memaki hamun terhadap kepungan polis rusuhan yang mengawal pintu Parlimen Thailand selepas berita penggantungan Pita tersebar.

“Mengapa suruh rakyat turun mengundi?” kata seorang penyokong Pita yang identitinya enggan didedahkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI