fbpx
Gambar hiasan.

Pakai topeng, bawa parang gagal samun pajak gadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Cubaan tiga lelaki untuk menyamun sebuah kedai pajak gadai di kawasan Puchong Prima, Puchong di sini gagal selepas mereka tidak berjaya memasuki ruang kaunter premis berkenaan dalam kejadian pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung cubaan samun itu daripada seorang pengurus kedai pajak gadai terbabit.

Menurut beliau, semasa kejadian, tiga suspek dilihat memakai bertopi muka dan bersenjatakan objek seperti parang.

“Ketiga-tiga suspek cuba untuk memasuki ruang kaunter kedai namun gagal sebelum terus melarikan diri. Pengadu kemudian membunyikan penggera keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN