fbpx

Penduduk Gaza hadapi gelombang haba tanpa bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bapa mengipas anak-anaknya dengan menggunakan kadbod kerana bekalan elektrik yang terputus di Gaza pada Selasa lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Suhu panas di Bandar Gaza yang diduduki Israel mencecah 38 darjah Celsius, sekali gus memburukkan keadaan penduduk yang menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik, lapor laman berita TRT World semalam.

Pengkritik-pengkritik menyalahkan sekatan Israel selama setahun kerana ia memusnahkan ekonomi Gaza dan menjejaskan pembangunan termasuk rangkaian tenaga.

Lebih 2.3 juta orang tinggal di kawasan sempit yang terhimpit antara Mesir dan Israel, mengalami gangguan bekalan elektrik sehingga 12 jam sehari.

Kawasan itu memerlukan sekitar 500 megawatt kuasa setiap hari pada musim panas, demikian menurut pegawai tempatan. 

Ramai penduduk berkongsi video mengenai kegelapan pada waktu malam dan anak-anak mereka tidur di atas lantai untuk menyejukkan diri.

Kira-kira 20 kanak-kanak turut dipaparkan berhimpit di dalam kolam renang plastik kecil di tengah jalan yang tidak berturap dan berdebu.

Manakala beribu-ribu orang lagi memenuhi pantai untuk melarikan diri daripada haba dan masalah bekalan elektrik.

Sesetengah rumah dan perniagaan menggunakan generator atau panel solar bagi mengatasi isu bekalan elektrik bagi tempoh lama, manakala mereka yang tidak mampu membeli generator mahal terpaksa menggunakan lampu LED berkuasa bateri sederhana.

“Saya tidak mempunyai wang untuk membeli kipas. Jika saya berbuat demikian, mereka (Zionis) akan memutuskan bekalan elektrik dan akhirnya saya kepanasan,” kata seorang wanita berusia 90 tahun, Um Khattab Dula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI