fbpx

Sains ganti enam tangki air, selesaikan gangguan bekalan air di Lukut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun mengadakan lawatan ke Tangki Air Taman Indah Baru sempena Majlis Penggantian Enam Buah Tangki Simpanan Kawasan Lukut di Port Dickson hari ini. Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

PORT DICKSON – Isu gangguan bekalan air yang sering dialami penduduk di kawasan Lukut dan Bukit Pelandok di sini dan berlarutan sejak dua tahun lalu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Ia selepas penggantian enam buah tangki simpanan yang sebelum ini dalam keadaan uzur dilaksanakan oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menerusi peruntukan sebanyak RM5.8 juta.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Sains, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, menerusi peruntukan berkenaan tangki sedia ada yang berlaku kebocoran akan digantikan sekali gus mengatasi masalah yang membelenggu pengguna yang melibatkan sebanyak 2,000 akaun Sains di kedua-dua kawasan tersebut.

“(Masalah berlaku) berikutan kebocoran tangki sedia ada jenis FFC dan ‘permastore’ serta terlalu uzur untuk diguna pakai semula. Sebanyak RM5.8 juta diperuntukkan bagi membaik pulih melalui penggantian melibatkan sebanyak enam buah tangki.

“Di Taman Lukut Makmur, Lukut ia melibatkan sebanyak 447 akaun pengguna iaitu penggantian tangki air servis berkapasiti 294,260 gelen dan tangki sedutan berkapasiti 75,000 gelen daripada jenis permaglass manakala di Taman Indah Jaya dan Taman Indah Baru melibatkan sebanyak 270 dan 192 akaun pengguna iaitu penggantian tangki air berkapasiti 80,000 gelen dan 40,000 gelen dari jenis FRC.

“Selain itu, di Taman PD Utama 1 dan Taman PD Utama 2 melibatkan tangki air (2 nos) berkapasiti 158,000 gelen setiap satu daripada jenis FFC dengan melibatkan sebanyak 1,021 akaun pengguna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penggantian Enam Buah Tangki Simpanan Kawasan Lukut di Taman Indah Baru di sini hari ini.

Aminuddin menjelaskan lagi, selepas penggantian tangki air simpanan terbabit, taman yang terlibat akan mendapat tangki simpanan baharu yang boleh menampung bekalan air berkapasiti satu hari penggunaan sekiranya berlaku gangguan bekalan air.

“Isu gangguan air ini telah berlarutan sejak setahun sehingga dua tahun. Selepas ini, sekiranya pengguna menghadapi masalah gangguan air mereka masih boleh menggunakan air tangki dan tidak melibatkan gangguan yang teruk.

“Penggantian tangki simpanan ini sekali gus dapat mengurangkan tempoh gangguan bekalan air penduduk setempat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ujar beliau, bagi memastikan usaha berterusan sistem bekalan air di Port Dickson, pihak Sains kini sedang menaik taraf dan membaik pulih sistem penyaringan di muka sauk di Loji Rawatan Air (LRA) Linggi.

“Sains juga dalam peringkat menaik taraf dan membaik pulih panel ‘switchboard’ di LRA Linggi dan proses projek pemasangan pam dari Kolam Telok Kemang ke Kolam Sirusa 5 sebagai sumber alternatif bekalan air dari LRA Sawah Raja,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI