fbpx

Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HS berenang di dalam kolam air pancut dalam keadaan khayal. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki tular selepas dirakam berenang dalam keadaan telanjang di sebuah kolam air pancut di Dataran Kajen, Jawa Tengah, lapor laman berita SindoNews.

Selepas menerima aduan orang ramai, Balai Polis Daerah Pekalongan segera menghantar anggotanya ke tempat kejadian. Mereka memeriksa lelaki tersebut serta mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya.

Lelaki dikenali sebagai HS dan berusia  28 tahun  itu mengaku bahawa tindakan yang dilakukannya pada Khamis lalu itu adalah kerana dia berhalusinasi akibat memakan buah kecubung.

Ketua Polis Daerah Pekalongan, Wahyu Rohadi berkata, HS memperoleh buah itu ketika keluar memancing pada hari sebelumnya.

Dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebatang pokok kecubung di tepi jalan lalu buahnya dipetik dan dibawa pulang.

HS menyediakan hidangan buah kecubung dicampur sos secara rahsia kerana enggan diketahui orang lain.

“Akibat memakan buah itu, badan HS terasa panas dan tekaknya kering. Selepas itu, dia tidak sedarkan diri sebelum ditemui rakan-rakan di dalam kolam itu,”kata Wahyu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI