fbpx

PRN: BN sah bertanding 17 kerusi DUN di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyerahkan daftar pemilih pengundi kepada wakil DUN Angkat sempena Majlis Penyerahan Bahagian Angkat PRN Negeri Sembilan, Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 17 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut berkata, jumlah kerusi DUN berkenaan termasuk satu kerusi tambahan iaitu DUN Lenggeng yang akan turut ditandingi oleh parti itu.

Katanya, 16 kerusi DUN yang lain merupakan kerusi yang telah dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

“Di atas kertas 16 (kerusi DUN) tetapi telah dipersetujui dan dicakapkan sendiri kepada saya oleh Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah buat keputusan iaitu kerusi DUN Lenggeng akan diberikan kepada kami (BN).

“Tiada dakwa-dakwi lagi, itu sebabnya saya katakan keputusan Majlis Presiden itu muktamad. Jadi kami akan bertanding di 17 buah kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata, daripada segi perkiraan di atas kertas, BN boleh menang di kesemua kerusi yang akan ditandingi di Negeri Sembilan.

“(Namun) janganlah mengambil enteng pula, jangan mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen baru baru ini bahawa kita menang lima kita boleh menang mudah PRN ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, penyerahan bahagian angkat kepada dua buah negeri iaitu Melaka dan Johor itu merupakan acara tradisi bagi membantu membawa kemenangan kepada jentera BN pada PRN kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI