fbpx

KKR laksanakan kaedah BIM, IBS terhadap 297 projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika melawat gerai pameran di KL BIM 2023 yang berlangsung di WTCKL selama empat hari bermula 11 Julai 2023 dan berakhir, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan 297 projek pembangunan jalan raya dan bangunan dengan menggunakan kaedah Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) di seluruh negara, setakat ini.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek-projek menggunakan BIM dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang digunakan kementerian termasuk pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan.

“Di pihak kementerian, kami sudah lama kami mendapati selama bahawa penggunaan BIM dan IBS telah meningkatkan kualiti pembinaan dan produktiviti.

“Suka untuk saya nyatakan bahawa Kementerian Kerja Raya, melalui Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya telah menetapkan sasaran untuk mencapai 50 peratus penggunaan BIM dalam projek-projeknya pada tahun ini dan 80 peratus penggunaan menjelang 2025,” jelasnya ketika berucap merasmikan KL BIM Day di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, penggunaan BIM juga telah meningkat daripada 17 peratus pada 2016 meningkat kepada 49 peratus pada 2019 dan terus bertambah sehingga 55 peratus pada 2021.

Katanya, banyak projek berprofil tinggi yang menggunakan teknologi BIM dalam reka bentuk melalui peringkat pembinaan termasuklah Lebuhraya Pan-Borneo, Menara KL118, Projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang dan Tun Razak Exchange.

“Bagi projek kerajaan, penerima awal termasuk Institut Kanser Negara dan Kompleks Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dan Politeknik Bagan Datuk di Perak serta enam hospital kerajaan di Selangor, Terengganu, Johor, Perak, Kedah serta Pahang.

“Saya percaya bahawa penggunaan BIM yang lebih tinggi dapat dicapai melalui kerjasama strategik antara kementerian dan agensi yang berkaitan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI