fbpx
Pemotong kayu (hadapan, kanan) direman tujuh hari bagi membantu siasat mengabaikan anak tiri di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

Pemotong kayu disyaki pijak perut, cekik anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pemotong kayu diberkas polis selepas disyaki mendera anak lelaki tirinya yang berusia lima tahun 11 bulan dengan cara memijak perut, mencekik leher dan mencucuh jari kanak-kanak itu dengan pemetik api sehingga melecur di Bukit Besi di sini semalam.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan polis pada 5.50 petang berikutan aduan yang dibuat isterinya sendiri iaitu ibu kandung mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, ibu mangsa berusia 30 tahun mendakwa ternampak jari manis kiri anak lelakinya melecur pada Khamis minggu lalu.

“Mangsa mendakwa jari manisnya itu dicucuh dengan pemetik api oleh bapa tirinya iaitu suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jumaidy Bah berkata, suami wanita tersebut yang ditanya kemudiannya mengaku melakukannya dengan alasan tidak tahan dengan kenakalan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN