fbpx
Alexander ketika berucap semasa majlis Perhimpunan Bulanan KKR hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

KKR perluas peluang kontraktor tempatan, kurangkan kebergantungan kos minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memperluas peluang kepada kontraktor tempatan khususnya golongan kecil dan sederhana bagi memastikan mereka kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa susulan konflik di Asia Barat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu penting bagi memastikan kontraktor terus mempunyai aliran kerja melalui projek penyenggaraan, baik pulih serta projek berskala bersesuaian.

Menurutnya, usaha tersebut juga bertujuan mengelakkan kontraktor tempatan daripada terpinggir ketika kos operasi semakin meningkat.

“Saya mahu KKR terus memperluas peluang kepada kontraktor tempatan khususnya kontraktor kecil dan sederhana dalam kerja penyenggaraan, baik pulih dan projek berskala sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan KKR di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sektor pembinaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada kos minyak dengan beralih kepada kaedah yang lebih produktif dan berteknologi tinggi.

“Penggunaan teknologi seperti Industrialised Building System (IBS), Building Information Modelling (BIM), prefabrikasi serta pemantauan digital tapak perlu dipergiatkan.

“(Pendekatan ini dilakukan) supaya tempoh pembinaan dapat dipendekkan, pembaziran bahan dapat dikurangkan dan kebergantungan kepada logistik berulang dapat diminimumkan,” ujarnya.

Tambah beliau, langkah berkenaan membuktikan kerajaan bukan sahaja bertindak di peringkat dasar, malah turut memperhalusi aspek pengurusan bagi memastikan negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN