fbpx

Johor kaji situasi menang-menang tangani bangunan terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI menunjukkan lokasi sungai sempena Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau (MBJB) 2023 di Hotel Holiday Villa Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Beberapa bangunan terbiar di pusat bandar raya ini dijangka kekal menjadi ‘mercu tanda’ Johor Bahru bagi tempoh beberapa tahun, akan datang.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, kerajaan negeri sedang merangka penyelesaian menang-menang berhubung perkara itu.

Menurut beliau, usaha itu turut berkait dengan inisiatif Johor Bersih yang dilaksana kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika ini.

“Terdapat sembilan strategi dalam inisiatif Johor Bersih, dengan turut mengambil kira bangunan-bangunan yang telah lama terbiar khususnya di pusat bandar raya ini.

“Antaranya termasuklah Skudai Parade, Danga City Mall dan juga JB Waterfront City. Tidak semudah disangka kerana libatkan perundangan dan kos besar,” katanya, selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Tebrau 2035, di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini.

Mohd. Jafni yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai turut memberitahu, penyelesaian isu berkenaan turut melibatkan pemilik bangunan dan juga pemilik unit premis perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI