fbpx

‘Bapa mentua bertegas mahu ikut ke bank walaupun uzur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang mengawal kebakaran Proton Exora di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Maran kelmarin.

JERANTUT – “Bapa mentua beria-ia mahu ikut keluarkan duit sedangkan sebelum ini semua urusan dilakukan anak-anaknya,” kata Mohd. Zulbahri Azhar, 49, menantu kepada, Muhammad Hashim Said, 83, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Maran di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, tiga wanita dan seorang bayi perempuan berusia lima bulan cedera parah selepas Proton Exora dinaiki mereka bersama Muhammad Hashim bertembung dengan sebuah lori.

Mohd. Zulbahri berkata, kebiasaannya urusan pengeluaran wang bapa mentuanya dilakukan oleh ahli keluarga kerana mangsa yang juga peneroka Felda Kota Gelanggi 3 sudah berusia dan kurang sihat.

“Tetapi, sebelum kejadian semalam, bapa mentua berkeras hendak ikut ke bandar Jerantut untuk mengeluarkan wang sambil menemani anaknya yang juga isteri saya, Zanariah mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

“Oleh kerana arwah berkeras hendak ikut, kami terpaksa akur kerana sememangnya sejak usia muda lagi, dia (arwah) suka berjalan bersama keluarga,”katanya semalam.

Menurut Mohd. Zulbahri, kereta dinaiki kesemua mangsa dipandu anaknya, Nur Zulaikha, 25, manakala arwah bapa mentuanya duduk di kerusi hadapan, dan isterinya serta rakan anaknya, Maizatul Jannah, 25, dan anak Nur Zulaikha, Muhammad Faeq Ziyad, lima bulan.

Katanya, isteri dan anaknya menguruskan sebuah kedai makan berdekatan perumahan kilang Felda Kota Gelanggi dan dibantu Maizatul Jannah yang merupakan kenalan rapat anaknya sejak di bangku sekolah lagi.

“Sebelum berlepas ke bandar Jerantut masing-masing tidak menunjukkan sebarang perubahan dan saya tidak ikut serta kerana waktu bekerja di kilang di Felda tersebut.

“Saya menerima berita kejadian itu kira-kira pukul 1 tengah hari daripada seorang rakan lalu bergegas ke Hospital Jerantut,” katanya.

Mohd. Zulbahri berkata, jenazah bapa mentuanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kota Gelanggi 3 kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

Katanya, Nur Zulaikha yang cedera parah masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, manakala isterinya mengalami kecederaan patah bahu dan  rakan anaknya pula patah kaki sementara manakala cucunya cedera ringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI