fbpx
KEADAAN motosikal dinaiki pelajar Kolej Adtec Batu Pahat selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 136 Jalan Muar - Batu Pahat berhampiran Parit Orang Kaya Bagan di Batu Pahat. Foto PDRM

Dua pelajar kolej maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Dua maut manakala dua lagi parah selepas dua buah motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 136 Jalan Muar – Batu Pahat berhampiran Parit Orang Kaya Bagan di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu melibatkan penunggang motosikal
Honda RS150R, P. Pugalenthi dan pemboncengnya, Muhammad Hariz Nizam masing-masing berusia 21 tahun.

Jelasnya, terlibat sama sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang oleh Syafiq Waliuddin Abdurakhman bersama pembonceng Arif Danial Adzeman juga berusia 21 tahun dan sebuah lori dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, lori yang berada di hadapan kedua-dua motosikal membelok ke simpang kanan dan dalam masa sama motosikal dinaiki Pugalenthi dan pemboncengnya, Muhammad Hariz cuba memotong lori berkenaan.

“Keadaan itu telah menyebabkan motosikal berkenaan melanggar bahagian belakang lori dan dalam masa sama, motosikal dinaiki Syafiq Waliuddin dan Arif Danial tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal di hadapannya,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, akibat daripada kejadian itu Pugalenthi dan Muhammad Hariz mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN