fbpx

[VIDEO] Anak Pahamin minta semua maafkan bapanya, segala urusan hubungi keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Armiz bersama arwah bapanya

PETALING JAYA – Anak kedua kepada bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin Rajab, Armin Baniaz mewakili arwah bapanya memohon maaf kepada semua yang mengenali insan hebat itu, selain meminta untuk dimaafkan segala silap serta khilaf arwah selama beliau hidup.

Armin Baniaz menerusi perkongsian video di TikTok miliknya malam tadi berkata, sekiranya arwah bapanya itu masih mempunyai hutang pada sesiapa, beliau meminta untuk individu terlibat tampil menghubungi salah seorang daripada ahli keluarga mereka.

“Saya harap semua boleh mengampunkan semua salah silap khilaf ayah saya kepada semua. Kalau ada hutang yang belum berbayar, hubungi salah seorang daripada keluarga kita, kita cuba selesaikan,” katanya.

Terdahulu, Armin memaklumkan jenazah Allahyarham Pahamin akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kota London, Britain selepas mencapai keputusan bersama oleh seluruh ahli keluarganya.

Dalam video berkenaan, Armin turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirim ucapan takziah serta mendoakan roh bapanya selain berjanji akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan urusan pengebumian di Kota London.

“Itu sahaja buat masa ini, kami akan terus beri perkembangan daripada London nanti. Insya-Allah,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

@arminbaniaz Innalillah hiwa’inna ilaihiraji’un i love you always #dad ♬ Wind Beneath My Wings (2015 Remaster) – Bette Midler

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI