fbpx

Kadar elaun kursus anggota APM dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (dua dari kanan) menyerahkan hadiah kepada pemenang keseluruhan pada Majlis Penutup CDLC Peringkat Kebangsaam 2023 di Pantai Batu 5, Port Dickson hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

PORT DICKSON – Kadar elaun kursus anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan daripada RM5 kepada RM40 sehari berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tamabah baik kadar baharu itu melibatkan seramai 10,510 anggota sukarelawan APM di seluruh negara yang melibatkan peruntukan lebih kurang RM1.8 juta setahun.

“Kadar elaun anggota sukarelawan APM yang mengikuti kursus dinaikkan daripada RM5 kepada RM40 sehari berkuatkuasa serta merta bermula 1 Julai lalu. Ini merupakan salah satu penambahbaikan sejak tahun 1970, kami melihat penyertaan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.

“Ini juga dapat menggalakkan lebih ramai anggota sukarela melibatkan diri dalam latihan, kursus serta sijil pertahanan yang seterusnya dapat dikongsi kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Armizan dalam itu menambah, pihaknya juga sedang melihat keperluan untuk mewujudkan perjawatan kontrak dalam APM bagi memperkukuhkan peranan agensi berkenaan dalam urusetia bencana jawatankuasa daerah dan negeri.

“Di negeri dan daerah urusetia sekretariat kepada urusan bencana itu adalah APM. Walaupun APM adalah Kor Sukarelawan, kami memerlukan perjawatan kontrak yang melibatkan kerja-kerja merekod aset-aset iaitu perjawatan awam yang bertaraf kontrak.

“Sekarang ia dalam proses untuk mengemukakan kepada agensi pusat bagi menambah perjawatan kontrak APM bagi memperkukuhkan fungsi APM kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan daerah,” katanya lagi.

Sementara itu, sebanyak 15 Kontinjen pusat latihan, tiga pasukan daripada agensi luar dan lima pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) yang melibatkan 402 orang peserta menyertai CDLC yang telah berlangsung selama tiga hari sejak 8 Julai lalu di Pantai Batu 5, Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI