fbpx

Tindakan tegas jika tukar label beras tempatan ke import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menukar bungkusan atau label beras tempatan dan dijual dalam pasaran pada harga beras import demi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahudin Ayub berkata, pihaknya memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mempunyai maklumat berhubung penyelewengan tersebut.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM 100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM 250,000,” jelasnya melalui satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, KPDN turut memberikan amaran dan peringatan keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Ia termasuk tidak mengambil kesempatan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras tempatan kepada beras import dan dijual pada harga jualan runcit beras import.

“Kementerian juga ingin menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dan jika ada sebarang maklumat berhubung isu berkaitan boleh kemukakan aduan tersebut bersama butiran dan maklumat lengkap melalui beberapa saluran.

“Antaranya WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800, e-mel ([email protected]), aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, dan bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI