fbpx

Tiada AirAsia tanpa Pahamin – Tony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tony (kiri) bersama Allahyarham Pahamin (tengah).

PETALING JAYA – “Tidak akan ada AirAsia tanpa Datuk Pahamin A. Rajab,” demikian kata pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berhubung pemergian Allahyarham Pahamin.

Tony berkata, pemergian Allahyarham juga suatu kehilangan besar, malah beliau menyifatkan Pahamin seorang rakyat Malaysia yang hebat, patriot sejati dan rakan terbaik.

“Walaupun kami tidak selalu bertemu, beliau sering berhubung dan seorang penyokong yang baik.

“Selamat berehat sahabatku. Ingatan terhadapnya akan diteruskan kepada Kasih Iris Leona (cucu Pahamin) dan akan membawa AirAsia ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Menerusi kenyataan daripada keluarga beliau, Allahyarham yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali ke rahmatullah di Lapangan Terbang Heathrow pukul 11.30 malam tadi.

Dalam masa sama, berita duka tersebut turut dikongsi oleh pelakon, Azhar Sulaiman yang juga menantu beliau menerusi Instagram dan TikTok.

Azhar memberitahu, kehadiran bapa mentuanya ke London bagi menghadiri graduasi anak lelakinya di sana.

Terdahulu, Allahyarham Pahamin sempat menunaikan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI