fbpx

PRN: MCA tolak tawaran sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PETALING JAYA – “Tidak”. Itu jawapan ringkas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong terhadap pelawaan Perikatan Nasional (PN) kepada MCA.

Ia susulan kesediaan PN menawarkan kerusi kepada MCA di kawasan undi campuran jika menyertai PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos ini.

Ka Siong memuat naik jawab balas itu bersama tangkap layar berita bertajuk “PN sedia beri MCA, MIC kerusi campuran jika keluar BN” di akaun Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai berkata, MCA wajar keluar Barisan Nasional (BN).

“Apabila BN berada bersama parti-parti bukan Melayu dalam Pakatan Harapan (PH), jadi kerusi campuran ini terpaksa diberikan kepada PH dan kerusi untuk MCA, MIC tak ada la.

“Saya rasa hal ini perlu dilanjutkan lagi dengan MCA dan MIC keluar BN. Ini lebih munasabah dan saya rasa kerusi campuran boleh diwakili MCA dan MIC kalau mereka jadi komponen PN,” kata
Muhammad Sanusi.

MCA pada 5 Julai lalu mengumumkan tidak akan bertanding PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, bulan depan.

MCA sebaliknya mahu menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan parti.

Bagaimanapun, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen BN dalam membantu calon parti komponen BN dalam PRN Kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI