fbpx

Anwar jumpa Elon Musk minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Elon Musk.

SEREMBAN – Ekonomi negara dijangka bertambah kukuh dengan pengembangan pelaburan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu pertemuan di antara beliau dengan Elon Musk akan diadakan pada minggu hadapan bagi tujuan perbincangan pelaburan tersebut.

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah iaitu RM170 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Anwar memberitahu, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelaburan domestik dan asing.

“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI