fbpx

26,000 benih patin, lampam bantu penternak ikan bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SAKIRIM (dua dari kanan) menerima sumbangan benih ikan daripada Jabatan Perikanan di Kuala Krau, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Kejadian sangkar ikan yang musnah selepas hanyut akibat arus deras Sungai Pahang tahun lalu membuatkan dua penternak ikan sangkar di Kuala Krau, di sini hilang punca pendapatan kerana tidak mampu mengusahakan semula sangkar ikan ber­kenaan.

Kejadian tahun lalu itu me­nyaksikan Mohd. Sakirim Rasli Samudin, 39, dan Mohamad Sa’ari Ariffin, 50, masing-masing hilang 14 sangkar ikan yang musnah selepas ditimpa pokok dan dihanyutkan arus deras.

Namun tindakan proaktif Jabatan Perikanan menghulurkan bantuan berjaya memastikan ‘survival’ penternak ikan sangkar ini yang berjaya meneruskan dan mengembangkan penternakan ikan sangkar.

Mohd. Sakirim berkata, dia tidak menyangka mampu meneruskan penternakan ikan sangkar selepas hampir kesemua sangkar ikan bersama ikan diternaknya musnah tahun lalu

“Alhamdulillah tindakan segera Jabatan Perikanan yang menyalurkan bantuan sangkar ikan, benih dan makanan ikan dapat memastikan saya terus menternak ikan.

“Kini saya sudah dapat mengembangkan penternakan ikan sangkar dengan mempu­nyai 24 sangkar ikan hasil bantuan Jabatan Perikanan dan pelbagai pihak serta usaha saya bersama keluarga,” katanya selepas menerima sumbangan benih ikan patin dan lampam di Sungai Pahang, di Kuala Krau di sini semalam.

Mohd. Sakirim yang mewakili tujuh penternak ikan menerima kira-kira 26,000 benih ikan patin dan lampam yang diserahkan wakil Jabatan Perikanan Pahang.

Sementara itu, Timbalan Pe­ngarah Perikanan Pahang, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, pelbagai bantuan di­salurkan jabatannya kepada penternak terjejas termasuk Mohd. Sakirim dan Mohamad Sa’ari.

Katanya, melalui bantuan itu, kedua-dua penternak tersebut telah berjaya menjual sebanyak 2,800 kilogram ikan patin dan 1,750 ikan tilapia dalam tempoh Januari hingga April lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI