fbpx

Perkasa TVET melalui kerjasama industri dalam kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled melihat demonstrasi penggunaan van mobiliti untuk kegunaan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Siti Hawa Apandi,34, di UMP semalam.

PEKAN – Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) giat memperkasa pengajian Pendidikan Teknikal dan latihan Vokasional (TVET) melalui program kerjasama industri dalam kampus.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi memenuhi permintaan negara dalam bidang TVET, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) disaran meningkatkan perancangan terutama membabitkan kemasukan pelajar di universiti terbabit.

Menurutnya, terdapat empat buah universiti terlibat dalam MTUN iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Kita akan mula pada RMK-13, saya mengharapkan universiti ini (MTUN) sudah ada perancangan untuk memperluaskan lagi tempat pengajian dan mewujudkan pengajian dalam negara dan membuka lebih banyak cawangan bagi kemudahan kepada pelajar.

“Kita meletakkan tanggungjawab ini terhadap empat universiti ini supaya mereka mampu menyediakan lebih banyak tempat kepada pelajar yang memilih bidang TVET,”katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke UMP Kampus Pekan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan ke UMP, beliau berpuas hati dengan perjalanan dan pencapaian universiti itu yang berada pada landasan tepat untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.

Beliau memberitahu dari segi kebolehpasaran kerja, sebanyak 98.67 peratus pelajar yang dikeluarkan UMP mendapat pekerjaan iaitu melebihi universiti awam atau MTUN yang lain.

“Sebanyak 20 peratus graduan UMP mendapat gaji melebihi RM3,000 ke atas kerana hubungan baik dan rapat dengan pihak industri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI