fbpx

Ahli perniagaan didenda RM200,000 buat tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi pegawai SPRM selepas mengaku bersalah membuat tuntutan palsu Program Insentif Penjana 2.0 di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang ahli perniagaan didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu dalam borang pengesahan pekerja Program Insentif Penjana 2.0, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azmi Mat Sah, 55, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan pilihan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu borang pengesahan pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama DRAZZ Global Resources dan tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen berkenaan adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat DRAZZ Global Resources, Jalan Kristal Merah 2, Kompleks Perniagaan Limbongan dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Jun 2021.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman minimum tanpa penjara diberikan memandangkan anak guamnya telah insaf dan menghidap darah tinggi kronik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu melibatkan kepentingan awam.

Setelah mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM200,000 atau 12 bulan penjara jika gagal bayar.

Mahkamah turut memerintahkan wang baki di dalam akaun syarikat berkenaan sebanyak RM16,402.93 dilucut hak.

Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI