fbpx

DLB, Firdaus Rahmat tersingkir, 6 ‘BBNU’ ke final Big Stage 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM — Impian Dem Lepak Boyz (DLD) dan Firdaus Rahmat untuk meneruskan saingan di pentas akhir Big Stage 2023 tidak kesampaian apabila tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang bersiaran langsung malam tadi.

Dem Lepak Boyz dianggotai Zaide dan Hazel yang menyanyikan lagu C.H.R.I.S.YE berduet bersama Ayie Floor 88 sekadar menerima 58 peratus markah.

Sementara itu, Firdaus Rahmat melantunkan lagu Stay duet bersama Ismail Izzani meraih markah 83 markah turut kandas.

Pada konsert bertemakan BBNU Pun Nak Pilih Jugak duet bersama penyanyi jemputan, menyaksikan Nadeera muncul sebagai bintang yang menduduki tempat pertama.

Selain itu, peserta Indonesia, Waode berada di tempat kedua, sementara HoonDoo (Korea Selatan) pula cemerlang di tangga ketiga.

Pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu ini memihak kepada Nadeera Zaini yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Menjelang pentas akhir minggu hadapan, peserta diberikan tugasan menyempurnakan tema Ultimatum yang bermaksud penentu dalam pusingan pertama dan ‘battle mashup’ pada pusingan kedua.

Enam peserta yang layak ke pentas akhir pada 9 Julai depan, termasuklah Nadeera Zaini, Waode, HoonDoo, Aufahanie, Puteri Khareeza dan Putera Muhammad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI