fbpx

Arif Aiman harus kembangkan karier ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN harus mengembangkan kariernya dengan menyertai liga yang lebih kompetitif seperti di benua Eropah.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat bersesuaian untuk beraksi dalam saingan liga bola sepak di Asia Barat sekiranya mendapat tawaran berhijrah ke luar negara dalam masa terdekat.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali selepas prestasi Arif kini seperti berada di kemuncak selain mempamerkan sisi berbeza dalam corak permainannya.

Terkenal sebagai pemain sayap lincah, Arif telah mula menunjukkan ketajaman di hadapan gawang apabila meledak tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir bersama skuad kebangsaan dan JDT bulan lalu.

“Jika ditanya destinasi sesuai, saya lihat Liga Arab seperti di Emiriah Arab Bersatu (UAE) supaya dia dapat mengembangkan lagi karier serta prestasinya.

“Kalau terus ke liga yang le­bih kompetitif seperti di benua Eropah, mungkin cabaran berbeza. Namun, Arif ada sikap yang baik dan harap dia boleh terus konsisten,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Safee yang pernah berkelana ke Liga Indonesia sebelum ini turut percaya antara pilihan terbaik buat Arif adalah untuk kekal bersama JDT kerana mampu memberi landasan yang tepat untuk menyerlah.

“Kita lihat Arif masih lagi muda dan baru berusia 21 tahun. Jauh lagi perjalanan karier dia dan kalau kita angkat terlalu awal atau berhijrah dalam masa terdekat juga tidak sesuai.

“Kita risau mungkin presta­sinya akan jatuh mendadak se­perti yang pernah berlaku pada beberapa pemain (yang berhijrah) sebelum ini. Kalau dia kekal, mungkin dia dapat terus berkembang bersama JDT,” katanya lagi.

Terdahulu, Arif terus mencuri tumpuan selepas meledak hatrik untuk membantu skuad Harimau Selatan membenam Selangor FC (SFC) 4-0 pada aksi separuh akhir Piala FA, Isnin lalu.

Kejayaan itu hadir beberapa hari selepas dia turut beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan empat gol pada aksi bertemu Papua New Guinea bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI