fbpx

Ikatan Hamilton, Mercedes terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dilapor menuntut kontrak yang tidak mampu dilunaskan menyebabkan rundingan mengenai perjanjian baharu menemui jalan buntu. - AFP

LONDON – Harapan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton untuk menandatangani kontrak jangka panjang baharu bersama Mercedes mungkin tidak kesampaian selepas terma yang ditetapkan enggan dipenuhi pihak pengurusan tertinggi pasukan itu.

Sebagai rekod, kontrak Hamilton bersama Mercedes akan berakhir pada penghujung musim ini dan pasukan yang diketuai oleh prinsipal, Toto Wolff tidak mempunyai masalah untuk menawarkan kontrak baharu.

Cuma, permintaan yang dituntut oleh pelumba berusia 38 tahun itu tidak masuk akal terutama apabila prestasinya tidak begitu cemerlang sejak dua musim lepas dengan pelumba utama Red Bull, Max Verstappen berjaya bergelar juara dunia.

Difahamkan, kontrak Hamilton ketika ini bernilai £27.5 juta (RM162.3 juta) semusim secara asas dengan tambahan £15 juta (RM88.5 juta) andai berjaya menang kejuaraan dunia

Situasi tersebut menyaksikan dirinya menjadi pelumba kedua dibelakang Verstappen yang menerima gaji asas tahunan sebanyak £43 juta (RM253.8 juta) dengan jaguh Ferrari, Charles Leclerc di tempat ketiga dengan bayaran £19 juta (RM112 juta).

Menurut sumber, Hamilton menuntut bayaran gaji asas dan bonus tambahan disatukan dalam kontrak baharunya nanti selain upah untuk menjadi duta Mercedes untuk tempoh 10 tahun.

“Hamilton mahukan kontrak selama lima tahun selaku pelumba utama bernilai £250 juta (RM1.47 bilion) atau £50 juta (RM295 juta) semusim, manakala tambahan £200 juta (RM1.2 bilion) untuk menjadi duta Mercedes dalam tempoh 10 tahun.

“Namun, terma yang diberikan telah ditolak oleh Mercedes kerana dianggap tidak masuk akal ketika dirinya sudah memasuki penghujung karier,” kata sumber itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI