fbpx
MCLAREN mendedahkan bahawa mereka bakal turun dengan jentera serba baharu menjelang aksi di Miami dan Kanada nanti. - AFP

F1: McLaren pertaruh pakej baharu jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pasukan McLaren dijangka tampil dengan jentera baharu sepenuhnya pada Grand Prix (GP) Miami dan Kanada dalam usaha merapatkan jurang dengan pendahulu, Mercedes.

Perkara itu disahkan Ketua Pasukan McLaren, Andrea Stella yang menjelaskan perancangan pembangunan skuad berpangkalan dari Woking itu khususnya dari sudut naik taraf aerodinamik.

“Niat kami memang sejak awal adalah untuk menghasilkan jentera yang benar-benar baharu, terutama dari aspek aerodinamik bagi perlumbaan di Amerika Utara,” katanya.

McLaren memulakan musim 2026 dengan agak perlahan susulan jentera ketika ini belum dibangunkan sepenuhnya, selain perlu menyesuaikan diri dengan unit kuasa baharu daripada Mercedes.

Situasi itu menyaksikan mereka ketinggalan pada awal musim, termasuk gagal memulakan perlumbaan di GP China dengan kedua-dua pelumba, Lando Norris dan Oscar Piastri.

Bagaimanapun, pasukan itu menunjukkan peningkatan ketara di Jepun apabila Piastri hampir mencipta kemenangan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pelumba Mercedes, Kimi Antonelli.

Stella berkata, perubahan kalendar yang menyaksikan beberapa perlumbaan ditangguhkan turut membantu pasukan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan jentera.

“Secara keseluruhan, di Miami dan Kanada nanti kita akan melihat MCL40 yang benar-benar berbeza. Namun, saya jangka pasukan lain juga melakukan perkara sama, jadi ia lebih kepada siapa yang berjaya menambah prestasi dalam tempoh sama,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN