fbpx

Wanita didapati bersalah buka telefon bimbit kekasih tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEOUL – Seorang wanita berusia 30 tahun di Korea Selatan didapati bersalah oleh sebuah mahkamah kerana melanggar privasi teman lelakinya dengan cara melayari telefon bimbitnya tanpa kebenaran.

Akhbar The Korean Herald melaporkan, tertuduh bertindak demikian kerana mahu mencari video serta maklumat mengenai hubungan pemuda berkenaan dengan bekas kekasihnya.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhi hukuman denda sebanyak 300,000 won (RM1,071) yang ditangguhkan dengan tertuduh diberi peluang untuk tidak melakukan lagi perbuatan tersebut.

Mahkamah berkata, ia memutuskan bentuk hukuman yang paling ringan kerana tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Namun, wanita itu menafikan melakukan salah laku dengan mendakwa bahawa mangsa dengan rela memberitahu kata laluan telefon bimbitnya bagi memperbaiki hubungan yang terputus kerana dia berkelakuan curang dengan wanita lain.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul bagaimanapun berkata, tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI