fbpx

Jabatan Penjara pindah banduan atasi kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJIDIN Salleh pada sidang akhbar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 SI dan SHG di Telok Mas, Melaka. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Jabatan Penjara melaksanakan pemindahan banduan di penjara-penjara yang dikategorikan sebagai zon merah dan kuning ke zon hijau sebagai langkah mengurangkan kesesakan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Ajidin Salleh berkata, ketika ini sebanyak lima peratus penjara dikategorikan sebagai zon merah khususnya di kawasan Pantai Timur seperti Penjara Marang di Terengganu dan Pengkalan Chepa, Kelantan serta di Sabah dan Sarawak.

Katanya, toleransi yang dibenarkan di satu-satu penjara buat masa ini adalah 20 peratus daripada kapasiti asal.

“Katakan kapasiti penjara adalah 1,000 banduan dan toleransi yang kita benarkan mampu diisi 1,200 banduan dan masih dianggap zon kuning, lebih daripada 20 peratus dianggap zon merah.

“Oleh itu, kita melaksanakan pemindahan banduan antara penjara dari zon merah atau kuning ke zon hijau,” katanya pada sidang akhbar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) di Telok Mas di sini, hari ini.

Selain itu katanya, program-program parol dan pembebasan banduan secara lesen (PBSL) turut diperluaskan dengan sasaran 10,000 banduan dilepaskan dalam tempoh setahun.

“Kementerian juga telah meluluskan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan ke bawah boleh dilepaskan secara lesen,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peluang pendidikan banduan, Ajidin berkata, Jabatan Penjara bekerjasama erat dengan institusi pendidikan tinggi tempatan untuk merangka program-program bersesuaian.

Menurutnya, peluang pendidikan bukan sahaja untuk pesalah muda, pelajar SI atau SHG, malah banduan dewasa juga turut mendapat peluang sama. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI