fbpx
Pihak berkuasa dan wartawan menemui Phan selepas anaknya melarikan diri daripada penjara. - Amarin TV

Banduan lolos penjara 23 hari sebelum bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang banduan di Penjara Daerah Thanyaburi, Thailand nekad melarikan diri walaupun hukuman berbaki 23 hari sebelum dia dibebaskan untuk mencari teman wanitanya yang hilang, lapor portal berita Thaiger. 

Seksan Ruapthong, 37, disabitkan  bersalah kerana mendatangkan kecederaan dan dijadualkan dibebaskan menjelang 30 Mei ini. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Ruapthong menyelinap keluar semasa sesi latihan vokasional lalu berlari ke kedai kopi di belakang penjara sebelum menaiki sebuah trak pikap jenis Toyota Revo. 

Sebagai banduan hukuman ringan yang menanti hari pembebasan, Ruapthong telah disenaraikan untuk mengikuti program latihan luar.

Bapa Ruapthong dikenali sebagai Phan, 78, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian  itu oleh  pihak berkuasa. 

Dia percaya Ruapthong mengalami tekanan kerana teman wanitanya dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi. 

Selain beban kewangan untuk membayar ansuran kereta, dia turut dibuli sekali gus menjejaskan kesihatan mentalnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN