Gambar hiasan

Banduan Penjara Marang liwat rakan sel dipenjara, sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang banduan meliwat rakan di dalam Penjara Marang awal bulan ini berbalas apabila dihukum penjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Ridzuan Zahar, 42, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan meliwat mangsa berusia 23 tahun tanpa kerelaannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di dalam sel Penjara Marang pada pukul 3 pagi, 4 September lalu.

Mohd. Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Abdul Hayyi Salim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN