fbpx

Inspektor Sheila didakwa aib polis, ugut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Sheila ketika hadir di Mahkamah Selayang hari ini.

SELAYANG – Seorang pegawai polis wanita yang tular sebagai ‘Inspektor Sheila’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis di sebuah kedai makan berpangkat Lans Koperal dua minggu lalu.

Bagaimanapun ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya S.Sheila Sharon, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, Sheila didakwa telah menyebut berkenaan pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini pukul 1.25 petang pada 15 Jun lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah lain, di hadapan Majistret Chai Guan Hock, Sheila didakwa atas dua lagi pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu”.

Bagi kesalahan mengugut Sheila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi seksyen menghina, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat sama masing-masing pukul 12 tengahari dan 1 petang pada tarikh sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal dan Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala Sheila diwakili peguam M.Manoharan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI